10 FAKTA THE POWER OF SEX.


Anda mungkin tidak pernah membayangkan kenikmatan seks yang anda lakukan sebenarnya memberi manfaat terhadap kesihatan anda. Mari kita lihat 10 fakta menarik tentang kesihatan yang bermanfaat untuk tubuh badan anda ketika anda melakukan seks suami-isteri.

1. Mengurangkan Tekanan Darah dan Mengurangkan Stress
Sekumpulan penyelidik di Scotland melakukan kajian terhadap 24 wanita dan 22 lelaki dimana hubungan seks mereka direkodkan dan meletakkan mereka dalam keadaan tertekan seperti bising di khalayak ramai, membuat kira-kira matematik dan seterusnya memeriksa tekanan darah mereka. Hasil kajian mendapati mereka menghadapi tindak balas yang baik terhadap tekanan perasaan ketika melakukan hubungan seks tersebut. Walaupun berada di persekitaran yang tertekan yang disebutkan sebentar tadi.

Selain daripada itu, seks juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi bagi pasangan yang tinggal bersama dan kerap melakukan hubungan seks. Bagi wanita yang sentiasa dipeluk oleh pasangannya pula cenderung mempunyai tekanan darah yang lebih baik. Bagi wanita-wanita stress diluar sana, pastikan dapatkan layanan pelukan dari pasangan anda! Moga berkurangan stress itu. Bagi wanita-wanita stress diluar sana, pastikan dapatkan layanan pelukan dari pasangan anda! Moga berkurangan stress itu… 

2. Meningkatkan Kekebalan Badan
Hasil kajian yang dilakukan para penyelidik di Wilkes Universiti mendapati pasangan yang mengadakan hubungan seks 1x atau 2x seminggu sekali mempunyai tahap immunoglobin A atau lgA yang lebih tinggi dimana ia adalah antibodi yang boleh membantu anda mengelakkan dari sebarang jangkitan penyakit.

3. Meningkatkan Kesihatan Jantung
Bagi lelaki yang mengadakan hubungan seks dua kali atau lebih seminggu  berkemungkinan dapat mengelakkan dari serangan jantung berbanding mereka yang tidak atau kurang melakukan seks dalam sebulan. Bagi lelaki yang berumur pula, kajian mendapati tiada kaitan antara kekerapan mengadakan dan bagaimana hubungan seks dilakukan dengan penyakit strok... 

30 minit melakukan seks membakar 85 kalori. 
Kalau 90x setahun dah boleh bantu anta 
kurangkan 1kg berat badan …

4. Pembakar Kalori
Pakar sexologist, Patti Brittom mengatakan seks adalah cara hebat untuk bersenam dimana 30 minit melakukan seks membakar 85 kalori. Jika dilihat, ia nampak sedikit, akan tetapi jika di darab dengan 90 kali setengah jam satu sessi, ianya mencukupi untuk membakar 1kg atau 7700 kalori dalam satu tempoh masa.
5. Menguatkan Otot Pelvik
Bagi kaum wanita pula, melakukan senaman otot pelvik juga dikenali sebagai kegel akan memberikan kepuasan sepanjang kehidupan selain dapat mengurangkan masalah lemah kawalan kencing.
Pancutan Zakar Kurangkan Risiko Kanser Prostat Pancutan yang kerap, terutamanya lelaki lingkungan 20-an boleh mengurangkan risiko mendapat kanser prostat. Terdapat beberapa kajian yang dilakukan para penyelidik. Sebagai contoh, Persatuan Perubatan Amerika mendapati bahawa lelaki yang mempunyai 21 atau lebih pancutan sebulan, adalah kurang berkemungkinan untuk mendapat kanser prostat berbanding mereka yang mempunyai 4-7 pancutan sebulan. 

Lelaki capai orgasm 21x sebulan, kurang 
berkemungkinan untuk mendapat kanser prostat 
berbanding mereka yang mencapai klimaks 4-7x sebulan… 

7. Memperolehi Tidur yang Mencukupi
Semasa orgasm, Oxytocin akan dikeluarkan. Penyelidikan menunjukkan bahawa Oxytocin (hormon cinta) menggalakkan seseorang untuk tidur. Jika berfikir sejenak, mengapa pasangan anda boleh aktif semasa melakukan hubungan seks dan berdengkur seterusnya sesudah itu? 

8. Tingkatkan Harga Diri
Kajian dari Unversiti Texas menunjukkan meningkatkan harga diri merupakan 237 sebab seseorang mengadakan hubungan seks. Jikan anda sudah berasa baik tentang diri anda, kehidupan seks yang hebat boleh membantu anda berasa lebih baik. Pastikan amalan seks hanya diamalkan secara halal antara pasangan suami-isteri.
9.Meringankan Beban Kesakitan
Ya, ianya adalah pengubatan duka bagi sesetengah orang yang mempunyai masalah atau ketika alami kesakitan. Ia adalah disebabkan Oxytocn iaitu hormon cinta yang terdapat ketika seks. Ia akan meningkatkan ketahanan badan yang dpanggil endorphin. Jadi, jika seseorang mengalami sakit kepala, arthritis, atau sindrom PMS, ia boleh mengurangkan kesakitan selepas melakukan seks. 

Seks tingkatkan keluaran feel-good hormon endorphin 
untuk ringankan stres dan kesakitan 

10. Memperolehi Keintiman Bersama Pasangan
Terdapat satu lagi perkara berkenaan hormon cinta yang dilepaskan ketika melakaukan seks dan orgasm iaitu membantu menguatkan ikatan cinta dan membina kepercayaan bersama pasangan. Tahap oxytocin ini juga dikaitkan dengan perasaan murah hati terhadap satu sama lain. 

Kenikmatan dan kesejahteraan keluarga boleh dirasai bersama jika melakukan aktiviti seks dengan betul. Bukan hanya dilakukan mengikut nafsu buas atau sebagainya, ia nya perlu dilakukan dengan ikhlas dan menghargai pasangan anda. Melakukan seks bukan sahaja memberi kebahagian dalam kehidupan malah memberikan kesihatan yang terjamin untuk masa hadapan.

No comments:

Post a Comment